Ahad, 24 Ogos 2008

proton oh proton

Assalamualaikum,

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya
information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain
akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan
mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok
tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah tengah R&D
PROTON.

...........ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni..member
atuk
kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah
satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk
di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je..manakala kontena
lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain
juga.

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu
tanda...
Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je.
Kalau kita jengok kat dalam.... Boleh nampak besi cair yang dituang
kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot
enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2l untuk Savvy (enjin
Renault) dan 2l untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton
buat sendiri. Untuk pintu pulak... hanya kereta kereta Perdana sahaja
yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk
membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu.
Modal itu shaja sudah hampir RM50juta. So untuk kereta yang volume
kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2,
Savvy...100% body dibuat di Malaysia.

Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak
keluar-keluar lagi.Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu
menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang
diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya
milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri
lagi..jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta
Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasar
injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot
enjin
dari Jepun. Untuk Savvy kita guna kan enjin Renault. Untuk Isawara,
Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dia
dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang di reka
oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut
menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan
sedikit. Naza, Perodua.... Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal
untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return
pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan
keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin
sendiri..selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun
mengeluarkan enjin sendiri... orang masih tidak percaya. Itu lah
masalah orang kita... memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.

Selama ini proton bergantung kepada Mitshubishi sebagai rakan
teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton
terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah
melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan
rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta
proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang.

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan
kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi
teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan
orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab
nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis. Atuk jangan terkejut bila
saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita
mula menuntut teknologi baru dari mereka... mula lah nak caj dan nak
ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing
zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mula lah kita
pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita
beli Lotus..Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih
baik... laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last
last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang... lama lama dia
orang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta
nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.

Perodua... kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang....
Sebab
Perudua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia
orang kepada Jepun. Proton.... Milik Malaysia.

Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan
pakaisekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta
lain.. tukar lambang je..

Inilah susah orang kita ni.... Banyak mendengar cerita sensasi yang
banyak
ditaruk banyak rempah ratusnya..... Memang pada mulanya kita
belajar... selepas itu kita buat sendiri. Saya adalah seorang yang
terlibat dengan kerja kerja tersebut.

o Saga - Base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang
sikit.

o Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri.
Masa ni
Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita
menggunakan khidmat penasihat dari UK.

o Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar
ke Jepununtuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi
kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi
bersama. Depan dan Belakang, design asing asing. Lampu depan dan
belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira -
Mitsubishi Lancer. Orang akan kata hah kongsi je sabab tak tahu buat
kerja.... Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi
bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada
orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu... orang Malaysia
sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun
sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design
dashboard untuk Wira... masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft
tooling mould untuk dashboard kereta dia... Bila mereka tengok
dashboard Proton. Mereka sanggup letak designer dia depan design kita
untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard
mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer... hampir
samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita
bukan tak pandai... Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.

o Perdana - Untuk membuat satu satu design bukan nya murah. Nak balik
modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau
nak buat Perdana.... Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni
memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma
kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

o Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB.
Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan
lambang Proton.

o Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu
melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk
kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar..mainly dari Eropah
dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan.
Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kabaikan dari mengambil
consultant dari luar memang mebuka mata kita... kita adalah setaraf
dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus
kakitangan. Bukannya sedikit.

o Gen2 - 100% dedesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya
sedikit
sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang
didesign sendiri.

o Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan
Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well.... Kehebatan
enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak
berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.
Contohnya... Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama.
Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvay adalah baru 100%.
Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel. High
Tensile High Strength Steel. Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada
terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well... kereta
mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang
tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu... Intact. Kukuh.
Saudara saudari... Bila kita design kereta ni..yang paling penting
adalah keselamatan penumpang. Memang kereta dedesign untuk crumple
bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia
yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star
untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni
tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu... adakah
mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar
dari orang lain.

o Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada
secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada
membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse
engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita
tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah
orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta
mereka dibuat diproton. Kalau Proton tak elok... masakan mereka
mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya
harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku
dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan
nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan
bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.

Tok..... Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat
Gen-2 tu apa dia. Bab bab bahan untuk membuat enjin tu senang je.
Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar
besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak
design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info
lah... kami masih lagi dalam process untuk mereka cipta transmition
sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif
yang
sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham
proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi
membolehkan impian ini tercapai. Mungkin ramai yang mengganggap hanya
seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru
persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan
teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak boleh lah diberi tahu..
sebab ianya adalah OSA)

Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton
hanya dirancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta.
Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la... siapa nak bagi
kita pandai kan. Cuba check dekat Perudua, berapa ramai jurutera dari
Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perudua... bekas Proton, Head
of Styling... Bekas Proton, Head of Planning, Bekas Proton, Head of
Production... bekas Proton (rasa rasanya dah kena kebas dekat Naza),
Head of Engineering Services... Bekas Proton. Rata rata mereka yang
senior dekat sana dari proton. We trained them... orang lain ambil
cara senang je. Naza pulak.. Head of R&D.. bekas proton. Head of
Production... Bekas Proton. Honda... pun ramai bekas proton, DRB
Pekan... Head dia pun bekas proton, Inokom... head dia pun bekas
proton. Itu kira head je... Bukan lagi kira engineer dan designer. So
it meets its objectif untuk memajukan orang orang kita. Mainly orang
Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop
oelh
bekas kakitangan Proton. So... orang Proton tak bagus? Kita belum lagi
kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara...
dari America, Eropah sampai ke Jepun. Tau tak kita kakitangan Proton
telah memenangi pertangdingan mereka design kereta anjuran Ford.
Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia.
Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja
dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila
dia decide nak stay dekat Malaysia sebab tak nak anak anak membesar
dinegara lain. Ada orang tau...?

Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya
telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian
tamat. Ibarat kata..berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20
tahun nak merangkak lagi..nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so
bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa di pimpin
lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja.

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada
negara. Senang aja... buang sahaja pengeluar pengeluar yang
bermasaalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggung jawab
Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk
negara... berapa banyak kaki tangan Proton...8000. Berapa banyak
kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton...
100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat
bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi
kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbul nya proton. Berapa
banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan, honda? 0...
Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada
yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga
kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti
import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import
tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas
cukai.

Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam
Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa
kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik sebijik
kerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk
ke Malaysia... harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan
bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat
adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan
bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost
R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah
banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Nagara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang
belum
tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton
sekarang ini.sejauh mana boleh bertahan tak tahu la..kalau tidak akan
bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi spare part proton
(asalnya milik Mitshubishi) dan akan timbullah barangan made in
Jinjang atau sewaktu dengannya.

Saudara... Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah
yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat
Malaysia juga lah yang paling tidak patriotic dalam hal hal kereta ni.
Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain
lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh...
Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif...tapi ada
syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar
lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea... cuba pergi ke Korea
dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari
Korea...susah. Sebabnya... 1 memang mereka patriotik. 2. Cuba pakai
kereta import...Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta
tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit. Jepun... Semasa mereka
belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu... nak naik bukit pun
boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan
tetap membeli. Cuba kat Malaysia.... Kutuk lagi ada.

Saudara semua... kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada
sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things
can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost
pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1
billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil
untung. Kilang enjin lagi mahal... tapi kita korban kan keuntungan
kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak
belajar dan maju. Protn baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun
untuk kerata dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah
100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat
plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang
mengutuk tu...fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh
jual... lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat.
Setaip test dan setiap bahna baru yang nak direka memerlukan wang yang
banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan
teknikal. Walau pun Wak Segan nak join ngan proton tapi persaolannya
boleh ke..? Kenapa..atuk kata macam tu..sebab Wak Segan ni guna euro.
Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal
lagi.( salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda
atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.

Errr.... Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita
tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja
orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah
satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada
negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang
negara kita telah membayar ganti rugi RM bilion sebab menangguh
perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.

Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan
kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau
negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta
meraka... kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport
kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi
China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang
dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat
kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India... nak masuk kesana kena
letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan
infrasturcture jualan. Cuba masuk kat Korea... Kita nak jual kain kita
kat sana pun dia orang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat
nya patriotik dia orang. Kita... apa yang nama lain selain dari barang
sendiri mesti bagus punya.

Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German.... Bukan
tak boleh buat. Boleh... tapi sanggup ke bayar harga kereta German
untuk kereta buatan Malaysia.

Tok.... Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh
jadi
taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri
(Cuma
design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional... Proton
sekurang kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan
teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton
diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan
Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan
sorang.... Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton..... Paling minimum
2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman...
Perodua, Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam macam pasal proton. Itu hak
mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk meajukan negara
dalam bidang teknology. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang
industry yang betul betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam
bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar... sampai bila kita tidak akan
tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi Bab support selepas jualan.... saya sendiri pun tak puas hati.
Sabotaj pun Proton dah biasa kena.... Orang curi part semasa delivery
kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen...
proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit
Myvi.... Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan
Savvy... check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan
dengar orang cakap je... test sendiri. Baru tau.

Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual.... Maksudnya dua dua
jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear... swith to auto.
Nak main ciluk
ciluk... switch to manual. Errr... siapa kata kita guna tecnology 70an?

--- panjang sgt..he..he..

--- Lagi panjang jawapannya.

--- Protonite ph34r.gif

Tiada ulasan:

Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian