Sabtu, 23 Ogos 2008

Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan

23 08 2008

Laman web pro UMNO tajaan seorang Menteri memanggil rakyat Malaysia untuk menyembelih saya dan untuk membunuh saya. Tidak mengapa, saya hanya insan kecil berbanding dengan mereka ahli-ahli UMNO yang berkuasa lebih dari pihak polis. Perjuangan saya pun sekadar membela nasib insan-insan kerdil tentu sekali berbeza dengan perjuangan segelintir pengunjung laman web tersebut yang perjuangan mereka membela elit-elit di dalam UMNO.

Tentu sekali saya halal untuk disembelih dan dibunuh kerana saya menebalikkan bendera Malaysia yang tidak salah disisi undang-undang. Sebab itu kes saya disiasat di bawah akta hasutan dan bukan kerana menghina bendera Malaysia. Tentu sekali elit-elit UMNO yang merampas hak dari rakyat Malaysia yang lebih layak tidak bersalah. Tentu sekali elit UMNO yang mengarahkan supaya perwakilan di Kubang Pasu di sogok supaya tidak memilih Tun Dr. Mahathir sebagai perwakilan yang serius mahu bersuara di Perhimpunan Agung UMNO tidak bersalah, kerana tindakan mereka ini semua adalah demi agama, bangsa dan negara. Tentu sekali elit UMNO yang membayar RM500 seorang kepada pegundi di Permatang Pauh supaya mengundi BN di dalam pilihanraya kecil itu tidak bersalah kerana mereka sekadar menderma duit kopi...selanjutnya

Tiada ulasan:

Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian